Nukilan Harian

Nukilan Harian (12)

8.00 pagi Assalamualaikum wbt…. Ikram dimasukkan ke ICU Hospital Serdang petang semalam. Doktor mengatakan keadaan Ikram agak lemah. Untuk itu, doktor menempatkan Ikram di ICU supaya pemantauan rapi dapat dijalankan terhadap Ikram. Ana dan isteri mengiringi Ikram ke wad ICU bersama Dr Rosni dan staff nurse. Setibanya di ICU , MO bertugas membuat pemeriksaan dan [...]

Categories: Nukilan Harian | Tags: , , , , , , | Tinggalkan komen

Nukilan Harian (11)

7.41 pagi Assalamualaikum wbt… Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah Ikram dimasukkan semula ke wad pada malam Jumaat yang lepas kerana serangan sawannya lagi. Kali ini serangan sawan itu berlarutan sehingga 1 jam. Paling lama setakat ini. Ikram pun asyik merengek dan tak selesa. Semalam keadaannya demam dgn suhu yang mencecah 39.5 darjah… Badannya turut menggigil. Doktor [...]

Categories: Nukilan Harian | Tinggalkan komen

Nukilan Harian (10)

11.36 pagi Assalamualaikum wbt… Salam Sejahtera… Ana baru sahaja pulang dari Hospital Putrajaya sebentar tadi… Ikram dimasukkan ke wad untuk kali yang ke berapa pun ana tak pasti… Sudah acapkali Ikram dan Umminya keluar – masuk hospital. Kira-kira jam 2.45 pagi Ummi Ikram mengejutkan ana dari tidur kerana Ikram agak tidak selesa… Selang 15 minit, [...]

Categories: Nukilan Harian | Tags: , , , , , | 4 Komen

Nukilan Harian (9)

12.57 tgh Assalamualaikum wbt.. Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah Alhamdulillah…. Ana berkesempatan juga untuk menulis sedikit pada hari ini. Sudah kira-kira sebulan ana tidak menulis dalam ruangan Nukilan Harian ini. Baru sahaja menjemput Irsyad Ilham pulang dari Taski ABIM, Batang Benar. Ana jemput di pintu pagar depan rumah sahaja memandangkan Irsyad menaiki van pergi-balik ke sekolah. [...]

Categories: Nukilan Harian | Tags: , , , , | 3 Komen

Nukilan Harian (8)

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum wbt.. dan Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah… Masuk minggu ke-2 sesi persekolahan bagi tahun 2010 bermula. Minggu-minggu awal sesi sebegini sememangnya penuh dengan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran yang perlu dilakukan di sekolah. Lebih-lebih lagi bagi guru-guru tingkatan satu dan guru kelas. Mesyuarat-mesyuarat, kutipan yuran, buku teks, pengurusan kelas, ko-kurikulum, kelab dan persatuan dan sebagainya. [...]

Categories: Nukilan Harian | Tags: , | 3 Komen

Nukilan Harian (7)

9.13 pm Assalamualaikum… Pagi tadi Ikram menjalani Occupational Therapy (OT) di Hospital Serdang… Semalam fisio… Alhamdulillah, ada peningkatan sedikit berbanding 2 minggu lalu… Sememangnya kanak-kanak seperti Ikram ini memerlukan latihan dan galakan yang selalu daripada ana sekeluarga… Berbanding semalam, hari ini Ikram agak aktif untuk bersenam.. Mungkin kerana semalam kesan daripada ubat. Pada musim cuti [...]

Categories: Nukilan Harian | Tags: , | 2 Komen

Nukilan Harian (6)

1.38 ptg Alhamdulillah.. Hari ini ada kesempatan sebentar nak menulis di blog ini. Semalam ada kenduri doa selamat dan cukur jambul cucu jiran depan rumah. Hari ini takde pulak. Jadi, sepanjang pagi tadi mengemas bilik dan beberapa kotak yang masih lagi belum dikemaskan sejak berpindah ke rumah ini kira-kira 3 bulan lepas. Sekarang ini menunggu [...]

Categories: Nukilan Harian | Tags: , | Tinggalkan komen

Nukilan Harian (5)

8.20 pagi Assalamualaikum.. Alhamdulillah hari ini dapat kembali menulis dalam ruangan ini. Semalam tidak sempat menulis kerana ke hospital untuk menjenguk Ikram. Doktor mengatakan Ikram mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah dalam darah. Doktor terpaksa menahan Ikram selama seminggu untuk memberikan antibiotik. Batuk dan demam sudah beransur pulih. Cuma ujian air kencing masih dalam [...]

Categories: Nukilan Harian | Tags: , | Tinggalkan komen

Nukilan Harian (4)

9.25 mlm Ana baru pulang dari Hospital Serdang sebentar tadi menziarahi Ikram dan umminya. Dari sekolah balik ke rumah sekejap dan terus ke hospital. Ikram masuk lagi ke wad kurang lebih pukul 10 malam akibat suspek jangkitan kuman pada darah. Ini adalah kali ke-6 dia dimasukkan ke wad. Keadaan paru-paru ok dan demamnya sudah beransur [...]

Categories: Nukilan Harian | Tags: , | Tinggalkan komen

Nukilan Harian (3)

11.11 pagi Assalamualaikum.. Pagi ini Peperiksaan Akhir Tahun bermula. Pagi ini baru lepas mengawas kelas 4 RC untuk kertas Bahasa Melayu 1. Sekarang ada masa terluang sedikit sebelum menyambung kerja-kerja pengurusan fail PEKA. Malam semalam pulang ke rumah kira-kira 12 lebih setelah menunggu hampir 8 jam di hospital untuk Ikram dapatkan rawatan. Sepatutnya Ikram kena [...]

Categories: Nukilan Harian | Tags: , | 2 Komen

Blog di WordPress.com. Theme: Adventure Journal by Contexture International.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.