Johor Premium Outlets (JPO) @ Indahpura, Kulaijaya

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwwah,

Alhamdulillah, semasa pulang ke kampung tempohari, Ana dan isteri serta anak-anak sempat berkunjung ke satu tempat tarikan terbaru di negeri Johor. Apa yang menariknya adalah tempat ini terletak berdekatan dengan kampung kami. Itula dia Johor Premium Outlets atau lebih dikenali dengan singkatan “JPO”.

Dari segi lokalitinya agak jauh daripada kesesakan bandar dan rekabentuknya juga menarik. Walau bagaimanapun, semua kedai yang ada di kawaasan itu 100 % dari luar negara yang terdiri daripada barangan jenama seperti Nike, Bonia, Poney dsb..(tak ingat nama hehe) rujuklah internet.. Harganya memang dikatakan ada diskaun yang banyak tetapi diskaun pun harga masih tinggi dan bagi sesetengah golongan ia tidak berbaloi. Lainlah kalau warga Singapura dan orang berada yang merasakan nilai itu rendah dan mampu dibeli.. Tapi tidak dinafikan kualitinya dan keasliannya.

Ana dan isteri ada juga berhajat nak belikan baju untuk anak-anak , tiba satu kedai ni baju budak 2 tahun harganya mencecah RM200!! Haha tengok je lah.. Tapi ada satu je kedai pada masa tu yang menawarkan harga yang agak murah (memang patut pun kedai tu penuh). Ada juga baju yang dijual dalam harga yang agak murah… Jadilah kenangan JPO… Hehe..

Rupa-rupanya blok yang kami lawati ini adalah fasa pertama.. Ada lagi fasa-fasa yang akan dibangunkan lagi selepas ini. Harapan agar ada jenama-jenama Malaysia yang berkualiti menyertai JPO ini agar dapat meningkatkan daya saing produk-produk tempatan dengan produk jenama luar negara. Baiklah, sebagai gambaran disertakan beberapa gambar yang sempat diambil di JPO.

* Maaflah gambar yang diambil mungkin kurang berkualiti kerana menggunakan telefon bimbit dan sambil dukung Ijlah Khadijah..

Rekabentuk ala-ala 'street mall'

Bonia tu belum buka lagi..

Salah satu kolam air pancut yang dijadikan daya penarik...

Haa... "TEKA" ..tekalah harganya...!! Hehe

Keadaan sebelah pagi agak lengang lagi...

Ambil gambar dan jalan-jalan dulu.. Masuk satu kedai pun belum..

Ummi Irsyad & Ijlah tanya... "Nak masuk kedai Puma ke?"

Pandangan dari atas... Tingkat 2.. Dua tingkat je...

Kawasan parking yang luas.. Ada lagi sebelah kiri dan kanan.. Orang dah mula ramai bila masuk jam 11.30 pagi..

Categories: Umum | Tags: , | 2 Komen

Kedah Darul Aman (1 Dis – 5 Dis 2011)

Pada 1hb Disember 2011 yang lepas, Ana dan keluarga bertolak ke Kedah untuk menghadiri walimah saudara di Yan, Kedah. Alhamdulillah, lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke utara tanahair semenjak bergelar suami dan bapa. Sementelah daerah Yan itu sendiri langsung tidak pernah dikunjungi. Terima kasih kepada Bro Haniff Ismail yang sudi meminjamkan Livina nya. Jimat sikit perbelanjaan.. Hehe.. Gambar-gambar di bawah sedikit sebanyak antara kenangan semasa perjalanan pergi-balik serta semasa berada di Kedah.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Categories: Umum | 2 Komen

Lawatan Ke Pusat Sains Negara

20111123-153615.jpg
Ummi dan Irsyad serta Ijlah

20111123-153712.jpg
Rumah cermin! Ijlah terlanggar cermin kat sini..

20111123-153826.jpg
Wah!! Besarnya replika dinosaur ini..

20111123-154640.jpg
Anak-anak ayah dan ummi..

20111123-154744.jpg
Antara replika dinosaur yang dipamerkan

20111123-154831.jpg
Antara taman permainan untuk si comel yang disediakan di Pusat Sains Negara

Categories: Uncategorized | Tinggalkan komen

Hari Raya Eidul Fitri 1432H


Gambarfoto kenangan di pagi 1 Syawal 1432H di rumah Kluang.


Gambarfoto di waktu petang 1 Syawal di Kampung Melayu , Kulai


Perhimpunan Keluarga ani Ma’som Kali Pertama 2011 di perkarangan rumah Wak Bani pada Hari Raya Kedua 1432H.

Categories: Umum, Uncategorized | Tinggalkan komen

Rekreasi Hujung Minggu di Rabbit Funland, Semenyih

Ahad, 3 Julai 2011..
Bersama-sama keluarga ke Rabbit Funland Semenyih..

Irsyad Ilham menaiki kuda.. RM 5 bayarannya...

Ijlah Khadijah sangat teruja mengejar dan mendekati arnab..

Ini pula kawanan kambing yang dibela di sini... Irsyad agak takut pada masa ni...

Ummi sedang memberi arnab makan lobak merah.. Bukan lobak asin yaa..

Arnab yang dibela di sini agak jinak sebahagian daripadanya..

Categories: Uncategorized | Tinggalkan komen

Gembira bermain bersama

Irsyad Ilham dan
Ijlah Khadijah ketika bermain permainan di Alamanda,
Putrajaya.

Categories: Umum | Tinggalkan komen

MAHA 2010 di MAEPS , Serdang

Alhamdulillah… pada pameran MAHA 2010 yang lalu, dapatlah berkesempatan kami sekeluarga bersama keluarga abang Hafiz berkunjung ke sana. Kunjungan kami pada hari Rabu itu dimulakan pada pagi hari bagi mengelakkan kesesakan. Walau bagaimanapun, semakin ke tengahari, orang semakin ramai yang hadir bagi melawati tapak pameran. Kami meletakkan kereta di Pintu 2 kerana berdekatan dengan kawasan pameran ternakan. Dari sana, kami menaiki tram untuk ke tempat pameran yang lain. Banyak tempat jugalah kami lawati seperti pameran ternakan, perikanan, rumah negeri, pameran agrotek dan lain-lain. Seronok jugalah Irsyad Ilham dan Ijlah Khadijah melawat tempat-tempat seperti itu. Menjelang zuhur, kami pun pulang setelah kepenatan berjalan kaki. Semoga Allah memberi hidayah dan rahmat di atas lawatan kami itu. Insya Allah..


Pameran Ternakan Lembu di MAHA 2010


Ummi dan Irsyad bergambar di kandang lembu yang mendapat tempat kedua dalam Pertandingan Lembu.. Besar betul lembu ni..


Di perkarangan Rumah Kelantan Darul Naim

Categories: Umum | Tinggalkan komen

Jamuan Hi-Tea SMK Jelai 2010


Bersama isteri dan anak-anak tersayang di Hotel Royale Bintang, Seremban dalam Majlis Hi-Tea SMK Jelai, Kuala Pilah 2010


Diberi amanah bagi memimpin bacaan doa majlis.. Aminnn..


Anakanda Ijlah, terpejam pula mata bila diambil fotonya


Bersama rakan-rakan guru SMK Jelai, Kuala Pilah di perkarangan Royale Bintang, Seremban


Ijlah Khadijah, semanis wajahnya….

Bookmark and Share

Categories: Umum | Tinggalkan komen

Cahaya Hati


Irsyad memangku adiknya Ijlah Khadijah…


Irsyad Ilham di Bandar I-City, Shah Alam, Selangor

Categories: Umum | 2 Komen

Berlalunya Ramadhan 1431 Hijrah….


Tinggal sehari lagi umat Islam di seluruh dunia akan mengerjakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan bagi tahun 1431 Hijrah kali ini. Sesungguhnya Ramadhan yang akan berlalu meninggalkan kita ini nanti bakal menjadi kayu pengukur bagi kita umat Islam dalam menjalankan ibadah di muka bumi Allah ini. Pelbagai persoalan yang perlu kita fikirkan bersama sebagai satu muhasabah diri kita apabila Ramadhan berlabuh kelak. Antara persoalan-persoalan inilah yang perlu cuba kita fikir dan cuba atasinya:

1. Andainya dalam bulan Ramadhan, surau dan masjid dipenuhi dengan orang-orang Islam yang mengerjakan solat fardhu dan sunat seperti tarawikh, adakah selepas ini keadaan surau-surau dan masjid-masjid kekal dipenuhi dengan umat Islam yang mengimarahkannya? atau keadaan kembali sepi dengan jemaah yang boleh dibilang dengan jari?

2. Andainya dalam bulan Ramadhan, umat Islam boleh menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa seperti mengumpat, mengeji, memfitnah dan sebagainya, adakah selepas ini mereka boleh menahan nafsu dan hasutan syaitan daripada melakukan perkara-perkara tersebut?

3. Andainya dalam bulan Ramadhan, umat Islam boleh bertadarus Al-Quran pagi, petang, siang dan malam, adakah selepas ini surau-surau, masjid-masjid dan rumah-rumah mahupun pejabat berterusan dikumandangkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran?

4. Andainya dalam bulan Ramadhan, umat Islam berlumba-lumba untuk bersedekah, adakah amalan ini berterusan pada bulan-bulan berikutnya?

Ini adalah antara beberapa persoalan yang sering bermain difikiran kita. Sebagai iktibar, seharusnya kita bermuhasabah diri dan menjadikan amalan-amalan yang dilakukan semasa Ramadhan itu berterusan pada bulan-bulan berikutnya. Marilah kita mengimarahkan masjid-masjid dan surau-surau dengan sama-sama mengerjakan solat fardhu berjemaah dan lain-lainnya seperti kita mengimarahkannya dalam bulan Ramadhan. Marilah juga kita meninggalkan perkara-perkara yang lagha seperti mengumpat dan mengeji orang sepertimana kita tinggalkan semasa Ramadhan. Marilah juga kita istiqamah dalam membaca dan memahami maksud Al-Quran dengan membacanya setiap hari seperti yang kita lakukan semasa Ramadhan dan marilah juga kita bersedekah walaupun sedikit pada bulan-bulan lain selain daripada bulan Ramadhan agar lebih banyak masyarakat Islam khususnya dibantu dengan sistem zakat yang sememangnya adil dan saksama. Akhir kata semoga Allah swt menerima ibadah kita di bulan Ramadhan ini sepenuhnya , Insya Allah..

Salam Eidulfitri 1431H dan Salam 1 Ummah…

Categories: Umum | Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com. Theme: Adventure Journal by Contexture International.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.